25 Januari lepas genap lah umur abah 31 tahun. Tapi ada orang ingat baru-baru ni umur abah 20 an..hah tak sangka ye.. : )
Madihah pulak hari khamis ni 2 Februari akan mula playgroup di Tadika Masjid Darul Ghufran, cepat betul masa berlalu. Umur dia pun nak masuk 2 tahun 8 bulan, Yasir pulak nak masuk 8 bulan. Dah pandai merangkak dah dia si kenit tu, sikit2 nak berdiri..bertatih laju betul kata mama.
Hari ni baru kita ramai2 pergi ziarah kubur arwah kak ma dan juga arwah abah mama. Lepas tu kita semua singgah rumah auntie rina..kenyang betul, macam2 kita makan.