Thursday, July 03, 2008

hmm... dah lama tak update blog ni. tak tahulah kenapa. ha..ha..ha..
Pd bulan may yg lalu, Madihah dijangkiti virus HMFD. aduh.. mama jadi bingung saat itu. tak tahu mana nak dimulakan dulu. kalau ikut kata dr, apa saja yg disentuh harus dicuci. wah! berat juga ni. Dr nasihatkan agar si adik sebolehnya dijauhkan dari kakak. tapi ianya tak mungkin berlaku. kerana memang dialah teman si kakak di rumah ni. kakak pun pandai juga, dia tak kasi adiknya rapat dgnnya tapi adik tak boleh tahan lama. akhirnya dia dekat juga dan bermain dgn kakaknya. kesian pula kalau dihalang. Doa dan tawakkal jelah. syukur alhamdulillah, madihah tak kena truk. dia masih boleh makan dan minum. malah rasanya banyak dari biasa walau ada ulser di tekaknya. Alhamdulillah. masih tetap aktif macam biasa. untuk virus ni, masih belum ada obatnya. bingung juga ya. dr cuma kasi obat ulser utk kanak2 je. selebihnya harus jaga kebersihan.mama pula bertambah kerja. penat semacam rasanya. barang2 kakak semuanya dicuci asing dari yang lain. rasa tak mampu nak buat buat 100% tawakkal ajelah akhirnya. syukur adik tak menjangkit virus ni. semenjak tu, mama selalu periksa tangan, kaki dan mulut 2 bradik ni. vit c tiap hari diberikan pd anak2 ni. smoga dpt membantu tubuh mereka. Alhamdulillah kini semuanya telah berlalu. moga tiada lagi mimpi ngeri. mama slalu doakan smoga anak2 mama dilindung Allah dari segala keburukan.