Saturday, January 21, 2006

Yasir tengah relax atas boya di Pasir Ris, tengok tu dia kacau siapa ? Posted by Picasa

Gambar-Gambar Picnic Kita

Masa cuti sekolah bulan Disember 2005 yang lepas, kita ada dua kali picnic di Pasir Ris, satu dengan keluarga mama, satu lagi dengan keluarga sebelah abah..
Ni picnic dengan keluarga mama pulak, kali ni kita dapat mandi tapi gambar mandi takde dah... Posted by Picasa

Monday, September 12, 2005


Madihah & Mama...Happy nya ! Mana Abah ? Abah work lah masa tu... : (  Posted by Picasa

Champion !  Posted by Picasa

Bersama jejaka-jejaka hansome kump. Nasyid Saujana, Brothers & Mirwana. Posted by Picasa

Ni lah dia Imam / Pegawai Agama Masjid Spore....bersama staf MUIS.  Posted by Picasa

Amacam cantik tak ?  Posted by Picasa

Bersama team yang kena buat Sand Castle. Posted by Picasa

Tuesday, August 23, 2005


Terror tak abah bawak bola ! Posted by Picasa

Thursday, August 18, 2005

Selepas 2 bulan...

Diam tak diam Yasir dah masuk 2 bulan, Madihah pulak dah 2 tahun 3 bulan. Alhamdulillah, Yasir dah selamat berkhatan 2 minggu lepas. Hai, dah jadi anak teruna dah..dah boleh kawin.. he he. Muka pun dah lain, dah tak macam Madihah..nampak hensem tapi tak boleh lawan abah lah, abah lagi hensem : )

Cakap pasal kawin, hari sabtu ni i.Allah tugasan pertama abah sebagai naib kadi nikah kan orang, doakan abah k. Berdebar pulak, cam abah pulak yg nak nikah ! Oops...

Minggu depan i.Allah abah akan Port Dickson ada Retreat utk MRO. Mesti abah miss famili abah. Tapi apa nak buat...

Hai, dah besar dah anak-anak abah...Semoga menjadi anak yang soleh & solehah. Amiin !  Posted by Picasa

Aku Ahmad Yasir ! Kau sape hah ?  Posted by Picasa

Kakak & adik Yasir  Posted by Picasa

Eh dah bangun !  Posted by Picasa

Syok nya tido anak aku !  Posted by Picasa

Pernikahan Amin & Dania - 31 Julai

Bulan lepas Cik Amin kita selamat bernikah dengan gadis pilihannya Dania, Alhamdulillah....Madihah bergaya sakan, tapi masa ambil gambar dah tukar baju dah..Yasir pun terpaksa tukar baju..hai, nilah budak-budak.

Abah, pun kena rewang gak..dont play2 ah ! tapi abah masuk shift petang he heh...sebab abah ngajar lah !

Anyway semua happy.

He heh Gambar kita sekeluarga lah pulak !  Posted by Picasa

Keluarga besar Mama  Posted by Picasa

Cik AMin & Cik Dania  Posted by Picasa

Di KK sehari selepas Mama melahirkan Yasir Posted by Picasa

Monday, June 06, 2005


Muka kita ni macam siapa eh ?  Posted by Hello

Ahmad Yasir baru bangun tidur ! Posted by Hello

Ahmad Yasir...6.6.2005

Alhamdulillah, genap jam 3.02 pm, Ahmad Yasir lahir ke dunia. Hai, sungguh tak sangka check up biasa aleh-aleh mama kena tahan pula untuk bersalin..kelam-kabut dibuatnya abah dengan mama. Kali ni tak lama rasanya, tak macam masa lahirkan Madihah dari jam 5 pagi sampai 12 tengahari baru bersalin.

Yasir, mama kena tahan jam 11.45am, pukul 3 dah keluar...takpelah yang penting semua selamat..bila keluar, aduhai..sebijik macam muka kakak kau lah, cuma Yasir cerah sikit, bulu kening tak selebat Madihah, hidung nampak nya timbul sikit tak macam kakak nya, tapi Yasir takde dua lesung pipit cam Madihah : ) Lagi satu Yasir 3.05 kg, Madihah 3.25 kg. Tak kisah lah tu..yg penting Yasir sihat macam Madihah k..



Wednesday, May 25, 2005

Selamat Hari Lahir Yang Ke 2 Madihah !

22 Mei yang lepas ialah hari lahir Madihah yang kedua, lupa pulak nak update kat sini. Abah dengan mama doakan Madihah menjadi anak yang solehah dan taat dalam melaksanakan perintah Allah, suka berbakti dan berlaku ihsan kepada kedua orang tua, faqih dalam ilmu agama dan diberi kesihatan serta dipanjangkan usia. Aminn !
I.Allah lagi dua minggu nanti, Madihah akan dapat adik lelaki... : )

Wednesday, May 18, 2005


Lagi gambar kita. Posted by Hello

Gambar kita pakai tudung. Posted by Hello

Di Kuala Lumpur rumah Auntie Lah, Julai 2004. Posted by Hello

Koleksi Gambar Madihah, Mama & Abah.


Madihah usia 10 bulan. Posted by Hello

Gambar Madihah usia 1 hari. Posted by Hello